Lembaran Pendedahan Produk

Sila baca dengan teliti Lembaran Pendedahan Produk MyMy Payments Malaysia Sdn Bhd (“MyMy”) sebelum anda mengambil keputusan untuk memohon Akaun MyMy dengan Mastercard Prabayar. Sebagai tambahan, sila baca juga terma dan syarat yang terdapat dalam Terma dan Syarat MyMy (“T&S”, ”Perjanjian”), yang disediakan di https://www.my-my.com/.

Dalam Lembaran Pendedahan Produk ini, perkataan dan penyataan mempunyai makna yang sama seperti dalam T&S, melainkan terdapat konteks yang berbeza.

Versi 1.0
Mac 2022

1. Apakah Mastercard Prabayar MyMy?

Mastercard Prabayar MyMy ialah instrumen pembayaran E-Wang yang mengandungi nilai monetari yang telah ditambah nilai oleh Pemegang Kad bagi membolehkan pembayaran dilakukan dengan para peniaga dan platform dalam talian Mastercard yang menyertai di seluruh dunia. Kad ini disertakan bersama dengan aplikasi mudah alih (“Aplikasi MyMy”) yang membolehkan anda menambah wang, memeriksa baki Kad, menjejak perbelanjaan, melihat transaksi sepanjang 30 hari yang lepas dan menguruskan Kad dan akaun anda (termasuk menyekat Kad anda). Akaun anda disertakan dengan Kad Maya dan/atau Kad Prabayar Fizikal yang dikeluarkan oleh MyMy Payments Sdn. Bhd (“MyMy”).

2. Apakah ciri utama Kad Prabayar dengan Akaun Mudah Alih ini?
  • Had maksimum akaun pada bila-bila masa ialah RM1,500 (“Had Kad”).
  • Anda boleh membuat pembelian di kedai atau melalui dalam talian dengan mana-mana peniaga Mastercard di seluruh dunia (di titik jualan dan e-dagang).
  • Anda boleh membuat pengeluaran tunai di mana-mana rangkaian ATM Mastercard Cirrus.

3. Apakah syarat untuk memohon Mastercard Prabayar MyMy?
  • Anda perlu muat turun Aplikasi MyMy (memerlukan Android versi 8.0 atau versi lebih terkini) untuk memohon Kad MyMy melalui Aplikasi.
  • Anda perlu berumur 18 tahun ke atas.
  • Anda perlu memiliki MyKad atau Pasport yang sah.
  • Anda perlu tinggal di Malaysia dan memiliki alamat Malaysia yang sah (Alamat Peti Surat tidak diterima).

4. Adakah yuran dikenakan untuk membuka akaun dengan MyMy?

Yuran tidak diperlukan untuk membuka akaun. Anda hanya perlu menambah minimum sebanyak RM20 selepas proses penyertaan untuk mengaktifkan akaun anda. Jumlah ini akan menjadi baki permulaan dalam akaun anda.


5. Apakah fi dan bayaran yang saya perlu bayar?

Fi yang dikenakan oleh MyMy adalah seperti berikut:

6. Apakah kewajipan saya?
  • Anda perlu menjaga Nombor Pengenalan Peribadi Kad 6 digit (PIN), Kata Laluan Satu Kali (OTP) atau PIN MyMy dan tidak boleh mendedahkan maklumat ini kepada pihak ketiga.
  • Anda perlu memastikan Kad anda mempunyai dana yang mencukupi (iaitu mempunyai baki) sebelum membuat sebarang transaksi.
  • Baki akaun anda terhad kepada had maksimum Kad sebanyak RM1,500.
  • Anda perlu menggunakan Kad anda mengikut terma dan syarat yang mentadbir Kad ini sahaja.
  • Anda tidak boleh menggunakan Kad untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang menyalahi undang-undang atau menggunakan Kad untuk sebarang aktiviti haram dan/atau penipuan.
  • Kad anda tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh digunakan oleh anda sahaja sebagai Pemegang Kad.
  • Kami boleh membekukan akaun anda jika akaun kekal tidak aktif selama lebih 12 bulan.
  • Kami juga boleh mengikut budi bicara mutlak kami, pada bila-bila masa mengubah,
    menyemak semula, menukar, meminda, menarik balik, menggantikan atau
    mengalih keluar mana-mana terma dan syarat yang mentadbir penggunaan Kad.
    Sebarang pindaan sedemikian akan berkuat kuasa dalam masa dua puluh satu (21)
    hari selepas terma yang telah disemak semula disiarkan di laman web dan aplikasi
    MyMy.

**Penting: Sila baca Terma dan Syarat produk (Perjanjian Pemegang Kad) untuk terma dan syarat penuh yang mentadbir penggunaan Kad, termasuk kewajipan anda sebelum anda memohon Kad.

7. Bagaimanakah sekiranya saya gagal memenuhi kewajipan saya?
  • Jika dana dalam Akaun Kad anda tidak cukup untuk memenuhi nilai transaksi, transaksi anda akan ditolak.
  • Jika anda gagal menyimpan PIN Kad, OTP atau Pin MyMy dengan selamat, anda akan bertanggungjawab secara kewangan bagi semua transaksi yang dilakukan dan didebitkan dari Akaun Kad anda.
  • Jika anda gagal untuk memberitahu MyMy dengan segera sekiranya Kad anda hilang atau dicuri, anda bertanggungjawab dari segi kewangan untuk semua transaksi yang dilakukan dan didebitkan daripada Akaun Kad anda sebelum pemberitahuan dibuat.
  • Jika anda gagal untuk mematuhi mana-mana Terma dan Syarat (Perjanjian Pemegang Kad), kami berhak untuk menyekat, menggantung, membatalkan dan/atau menamatkan Kad anda.
  • Kami juga boleh mengikut budi bicara mutlak kami, mengehadkan, menyekat, menggantung, membatalkan atau menamatkan (tanpa membayar balik sebarang baki) Kad anda atau penggunaan Kad oleh anda jika kami mengesan sebarang aktiviti atau transaksi luar biasa, tidak teratur, mencurigakan, penipuan atau tidak dibenarkan oleh Kad dan/atau akaun anda, atau jika kami mengesyaki penyalahgunaan Kad dan/atau akaun anda.

8. Apakah risiko utama yang ada?

Seperti yang dinyatakan dalam bahagian sebelum ini, risiko-risiko utama adalah seperti berikut:

  • Jika anda gagal menyimpan PIN Kad, OTP atau Pin MyMy anda dengan selamat pada sepanjang masa;
  • Jika anda gagal untuk memberitahu MyMy dengan segera sekiranya Kad anda hilang atau dicuri; dan
  • Jika anda gagal memaklumkan MyMy secara bertulis tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan transaksi Kad anda dalam tempoh 14 hari selepas tarikh e-penyata, anda mungkin kehilangan hak untuk mempertikaikan transaksi dan entri debit ke Akaun Kad anda berhubung transaksi ini akan dianggap muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
  • Apabila anda menggunakan Kad anda untuk melakukan transaksi dalam talian (iaitu melalui tapak internet dan portal) untuk membeli barangan dan perkhidmatan, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk transaksi yang dilakukan melalui penggunaan maklumat kad anda (seperti nombor kad, tarikh luput kad dan nombor CVC kad).

9. Adakah saya bertanggungjawab terhadap transaksi tanpa kebenaran jika kad saya hilang atau dicuri?

Sebagai pemegang Kad, anda bertanggungjawab secara kewangan bagi sebarang transaksi yang dilakukan sehingga MyMy menerima pemberitahuan bertulis. Jika Kad anda hilang atau dicuri, anda perlu segera mengunci Kad anda untuk menyekat Kad daripada terus digunakan dengan:

  • Log masuk ke Aplikasi MyMy. Ketik pada ikon Kad pada palang menu. Ketik butang Kunci; atau
  • Log masuk ke Aplikasi MyMy. Ketik pada ikon Kad pada palang menu. Ketik butang Penggantian Kad dan segera meminta kad baharu; atau
  • E-mel kami di support@my-my.com untuk mengunci Kad anda.

Kami boleh membayar balik wang yang hilang sehingga RM250 jika anda menjadi mangsa penipuan. Anda tidak layak mendapat bayaran balik jika kami mendapati anda telah membuat penipuan atau ‘terlalu cuai’-sebagai contoh berkongsi PIN atau kata laluan.

10. Apakah yang perlu saya lakukan jika telefon mudah alih saya hilang?

Bagi melindungi akaun anda daripada sebarang akses tanpa kebenaran atau aktiviti penipuan, anda boleh:

  • Menghubungi MyMy di +603 7931 9946 untuk mengunci Kad anda; atau
  • E-mel kepada kami di support@my-my.com untuk mengunci akaun anda dengan segera.

11. Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut tentang MyMy serta produk dan perkhidmatan?

Anda boleh mendapat maklumat lanjut menerusi cara berikut:

NOTA: Maklumat yang diberikan dalam PDS ini adalah sah mulai Mac 2022.

Keterangan Fi yang dikenakan oleh MyMy
Kos Tambah Nilai melalui syarikat/saudagar yang dilantik oleh MyMy Tiada
Fi Penggantian Kad RM10 untuk setiap penggantian kad atas permintaan

(Fi dikecualikan untuk kad yang cacat, cip yang rosak atau penambahbaikan kad)
Fi Pengeluaran Tunai ATM
  1. RM1 untuk pengeluaran ATM domestik
  2. RM10 untuk pengeluaran ATM antarabangsa
Fi Mastercard untuk transaksi POS luar negara 1% daripada nilai transaksi SAHAJA
Fi Mendapatkan Semula Draf Jualan RM14.10 setiap permintaan SAHAJA

(Hanya dikenakan caj jika peniaga telah menyediakan draf jualan apabila pembayaran telah selesai)
Fi Permintaan Penyata RM4.20 setiap permintaan SAHAJA

(Dikenakan bagi penyata yang melebihi 12 bulan)